Aktiviti/Galeri

Bahagian Perundangan telah membuat Lawatan Kerja dan Penanda Aras ke Lembaga Koko Malaysia pada 27 September 2022.

Lawatan ke Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Lembaga Koko Malaysia, Kota Samarahan, Sarawak ialah untuk melihat sendiri pengurusan pengkomersilan hasil penyelidikan agensi dengan kolaborasi bersama pemegang taruh. Bahagian Perundangan UPSI, sebagai sebuah pusat tanggungjawab (PTj) yang sentiasa dirujuk oleh PTj lain termasuk dalam hal pengkomersilan, berpandangan bahawa adalah perlu untuk mengetahui secara hands-on amalan-amalan pengkomersilan yang berjaya di agensi kerajaan yang lain untuk membolehkan Bahagian ini memberikan penasihatan yang bukan sahaja berdasarkan lunas-lunas perundangan tetapi juga realistik dan praktikal untuk memelihara kepentingan Universiti.

Bahagian Perundangan telah membuat Lawatan Kerja dan Penanda Aras ke Universiti Malaysia Sarawak (UniMAS) pada 26 September 2022.

Sebagai salah satu usaha memupuk keakraban serta berkongsi idea di antara pejabat-pejabat Penasihat Undang-Undang (PUU) IPTA seluruh Malaysia, lawatan-lawatan kerja telah diadakan sepanjang secara berkala di antara pejabat-pejabat ini. Paling terbaru adalah lawatan kerja dan penanda aras daripada Pejabat Penasihat Undang-Undang Universiti Malaysia Sabah (UMS) ke UPSI pada 16hb Jun 2022 (Khamis) yang lepas.

 

Sebagai memberi peluang dan turut membuka minda kakitangan Bahagian Perundangan untuk melihat cara kerja yang berbeza, Bahagian Perundangan UPSI berhasrat untuk turut mengadakan lawatan kerja dan penanda aras ke Pejabat Penasihat Undang-Undang, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Bahagian Perundangan telah menerima kunjungan hormat dari Pejabat Penasihat Undang-Undang, Universiti Malaysia Sabah pada 16 Jun 2022.

Bahagian Perundangan menerima kunjungan hormat dari MPP UPSI 2021/2022 pada 16 Jun 2022 yang lalu.