Aktiviti/Galeri
Bahagian Perundangan telah membuat Lawatan Kerja dan Penanda Aras ke Lembaga Koko Malaysia pada 27 September 2022.
Lawatan ke Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Lembaga Koko Malaysia, Kota Samarahan, Sarawak ialah untuk melihat sendiri pengurusan pengkomersilan hasil penyelidikan agensi dengan kolaborasi bersama pemegang taruh. Bahagian Perundangan UPSI, sebagai sebuah pusat tanggungjawab (PTj) yang sentiasa dirujuk oleh PTj lain termasuk dalam hal pengkomersilan, berpandangan bahawa adalah perlu untuk mengetahui secara hands-on amalan-amalan pengkomersilan yang berjaya di agensi kerajaan yang lain untuk membolehkan Bahagian ini memberikan penasihatan yang bukan sahaja berdasarkan lunas-lunas perundangan tetapi juga realistik dan praktikal untuk memelihara kepentingan Universiti.
Bahagian Perundangan telah membuat Lawatan Kerja dan Penanda Aras ke Universiti Malaysia Sarawak (UniMAS) pada 26 September 2022.
Sebagai salah satu usaha memupuk keakraban serta
berkongsi idea di antara pejabat-pejabat Penasihat Undang-Undang (PUU) IPTA
seluruh Malaysia, lawatan-lawatan kerja telah diadakan sepanjang secara berkala
di antara pejabat-pejabat ini. Paling terbaru adalah lawatan kerja dan penanda
aras daripada Pejabat Penasihat Undang-Undang Universiti Malaysia Sabah (UMS)
ke UPSI pada 16hb Jun 2022 (Khamis) yang lepas.
Sebagai memberi peluang dan turut membuka minda
kakitangan Bahagian Perundangan untuk melihat cara kerja yang berbeza, Bahagian
Perundangan UPSI berhasrat untuk turut mengadakan lawatan kerja dan penanda
aras ke Pejabat Penasihat Undang-Undang, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).